Sunday, May 17, 2009

falsafah & etika ekonomi Islam

1.PENGENALAN
Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Islam adalah agama yang syumul(lengkap) dan merupakan sisyem hidup yang menyeluruh merangkumi persoalan akidah, syariat dan akhlak. Ianya menghuraikan persoalan-persoalan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Berpandukan al-Quran dan al- Sunnah.Al- Quran telah membicarakan isu isu ekonomi sejak zaman Nabi Yusuf a.s sehingga ke zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.
Oleh itu, untuk meraih pendapatan ekonomi yang baik dan seimbang sebagai orang Islam kita hendaklah mengikut falsafah dan etika yang telah ditetapkan oleh Allah. Mencontohi teladan- teladan khalifah terdahulu yang telah maju dalam pentadbiran ekonomi dengan mengamalkan falsafah dan etika yang tidak bertentangan dengan peraturan Allah s.w.t.











2.FALSAFAH EKONOMI ISLAM
2.1. ASAS FALSAFAH EKONOMI
Falsafah merupakan pengetahuan tentang pengertian satu konsep atau realiti yang dianggap sebagai dasar ilmu yang tertinggi.Falsafah inilah yang menggerakkan perlakuan setiap agen ekonomi mikronya.Antara kriteria penting dalam pembangunan fasafah dalam asas pembangunan ekonominya ialah:
2.1.1.Tauhid
2.1.1.1. tauhid rububiyyyah
2.1.1.2. tauhid uluhiyyah
2.1.2. Khalifah
2.1.2.1. Melaksanakan tanggungjawab Musthaqlafinafil’Ard
2.1.2.2. Memakmurkan Bumi
2.1.3. Ukhuwwah
2.1.4. Tazkiyyah

2.1.1 Tauhid

Tauhid ialah penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak syariat Allah s.w.t.memperolehi keredhaan Allah. Ini merupakan sumber nilai dan matlamat manusia untuk perhubungan antara manusia dengan Allah ditakrifkan sebagai tauhid.Falsafah ekonomi islam, terungkap kukuh kepada dasar-dasar tauhid yang dipegang oleh individu Islam itu sendiri. Allah S.W.T telah menentukan undang-undang untuk semua kejadian dan semuanya sudah sedia patuh kecuali manusia.Manusia dikurniakan Allah s.w.t. dengan kebebasan sama ada untuk mengikut undang-undang Allah atau mengingkarinya. Kelakuan manusia dipengaruhi oleh sistem kepercayaan dan ideologinya dengan mendukung falsafah tauhid, Islam berpandangan bahawa faktor-faktor yang terdapat dalam diri manusia berada dalam kesatuan ,justeru itu kesempurnaan keperibadian seseorang itu akan tercapai jika kesemua faktor-faktor dalam diri manusia diberi penumpuan dengan sepenuhnya tanpa mengecualikan sesuatu pun. Oleh itu, keperluan kebendaan dan kerohaniaan manusia hendaklah dipenuhi secara seimbang. merujuk kepada ekonomi, asas falsafah pendekatan Islam terhadap ekonomi adalah amat berbeza dengan sistem ekonomi yang lain.

2.1.1.1 Tauhid Rububiyyah
Perkara pertama ialah pengesaan pada rububiyyah Allah atau pengertian secara ringkasnya ialah beriktikad dengan sebenar-benarnya bahawa Allah memiliki segala-galanya, tiada tuan punya selainNya. Perkataan RABB yang digunakan dalam al-Quran, dari segi bahasa bermaksud “tuan milik atau pengurus”. Rububiyyah Allah ke atas makhlukNya beraksud keEsaan Allah terhadap penciptaan, pemilikan dan pentadbiran hidup semua makhluk. Atau pengakuan yang bulat dan tulin serta mutlak terhadap keEsaan Allah swt yang mencipta alam Ini. Sama ada yang ghaib atau nyata, semuanya Allah yang menciptanya.
Tauhid rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah swt sahajalah yang menciptakan, memiliki, memati, menghidup, memberi manfaat, memberi mudarat, mempernankan doa hambaNya ketika kesusahan, berkuasa penuh terhadap mereka, mengurniakan sesuatu dan menahan dari mereka, kepunyaanNya segala urusan makhluk dan titah perintah. Dialah pencipta makhluk alam ini, dalam mengadakan, mentadbir, merubah, mengurus,menambah, mengurang, menghidup, mematikan dan sebagainya tanpa disekutui oleh lain-lain dalam penciptaanNya. Menyakini selain dariNya sebagai yang memiliki sifat-sifat tersebut bermakna menyakini wujudnya kekurangan pada Allah swt.
Ia juga bermaksud iktikad secara putus bahawa Allah swt adalah tuhan bagi segala sesuatu, dan tiada tuhan selain Dia. Iaitu Allah adalah satu-satunya Zat yang yang mencipta alam, menguasai dan mengatur segala urusan makhluk. Dan keseluruhan ibadat seseorang tidak sah, kecuali disertai dengan keyakinan penuh akan hak menciptakan dan memerintah bagiNya.

2.1.1.2 Tauhid uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah ialah beriktikad dengan sebenar-benarnya bahawa hanya Allahlah yang wajib diEsakan dalam beribadat. Ini dikenali sebagai mengesakan Allah dari aspek Uluhiyyah. Ibadat dari segi bahasa ialah menghambakan diri atau tunduk serta merendahkan diri. Ada sesetengah ulama berpendapat ibadat ialah simbol kecintaan yang sempurna, taat setia serta tidak berbelah bagi. Keyakinan bahagian ini ialah segala kegiatan ibadat tidak dilakukan untuk yang lain selain dariNya. Mereka yang beriman kepada Allah swt ialah mereka yang mengikhlaskan cinta, takarap, doa, tawakkal, taat, patuh, tunduk, segala jenis dan bentuk ibadat hanya kepada Allah sahaja.
Ini bolehlah ditakrifkan bahawa Allah sahajalah yang disembah dengan sebenar-benarnya. Tidak boleh beribadat dan menghadapkan pengabdian kecuali kepada Allah swt. Maka setiap penyembahan secara fizikal dan mental dilaksanakan secara bulat dan mutlak kepada Allah swt sahaja. Semata-mata tidak berbelah bagi dan jangan dilakukan semuanya itu terhadap benda-benda yang lain kepada kubur-kubur keramat dan wali-wali, pembesar-pembesar negara dan sebagainya.
Justeru, beriman kepada Allah mesti diwujudkan dengan mengabdikan kepada Allah satu-satunya dan tidak menyembah selainNya, ikhlas untuk bercinta hanya kepada Allah sahaja, hanya merasa tajut kepadaNya, sentiasa berharap kepadaNya sahaja, bertawakkal, patuh, rendah diri, dan banyak lagi jenis serta ragam ibadat lainnya.

2.1.2 Khalifah

Nilai-nilai agung dan istimewa yang menjadi asas nilai Ilahiah dalam ekonomi Islam adalah nilai yang menetapkan bahawa manusia menjadi ‘wakil’ Allah s.w.t. Individu ekonomi islam meyakini bahawa harta dan sumber yang ada dimuka bumi adalah milik Allah S.W.T. Oleh itu manusia bertanggungjawab menjaga, mengolah , mengguna dan mengagihkan harta yang mereka miliki sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan bagi mereka yang memerlukannya.Antara tanggunggungjawab khalifah ialah :

2.1.2.1. Melaksanakan tanggungjawab Musthaqlafinafil’Ard
Kedudukan ini meletakkan peranan individu sebagai penerima tanggungjawab kepada pemilikan dan penggunaan harta seamanah yang mungkin. Walau pun harta yang diperolehi melalui titik peluh yang diusahakan oleh manusia, tetapi modal asal adalah kepunyaan Allah. Allah s.w.t menghendaki manusia menggunakan sewajarnya di samping membelanjakan sebahagiannya pada jalan Allah.

2.1.2.2. Memakmurkan Bumi
Manusia asal kejadian daripada unsure bumi diarah oleh Allah menjadi perancang pembangun dunia dengan potensi modal insane yang ada bagi mempertingkatkan pengeluaran, pengagihan, demi menambahkan lagi khidmat bakti kepada masyarakat, serta menggalakkan pertumbuhan. Falsafah ini jelas mengikat manusia dengan peranan yang positif untuk memakmurkan bumi. Dalam perspektif kegiatan ekonomi, falsafah ini akan menjuruskan segala aktiviti perekonomian di atas landasan yang sihat dan bermanfaat.

2.1.3 Ukhuwwah

Penghayatan konsep ukhuwwah turut menjadi sebahagian dari falsafah ekonomi islam yang penting. Konsep ini mencetuskan ikatan persaudaraan di atas paksi tauhid. Ia tidak sahaja memberi kesan yang positif kepada aspek sosial malah turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan ekonomi dan politik ummah. Umat Islam mesti hidup dalam satu kumpulan sosial yang tersusun iaitu secara berjamaah sebagi satu ummah, Mereka mesti mencorakkan kehidupan selaras dengan peraturan yang ditetapkan Allah serta mengkaji segenap ciptaanNya bagi memperolehi hukum-hakam yang berkaitan. Semua aktiviti ini mestilah dilaksanakan dalam suasan harmonis dengan mengutamakan perpaduan dan kerjasama semua pihak.Setiap individu Islam saling bertanggungjawab kepada Allah kepada sesama manusia, Negara dan kepada diri sendiri dalam kaitan dengan perlaksanaan hukum syarak untuk manusia. Tanggungjawab ini adalah asas kepada sebarang hak yang berkaitan dengan individu atau masyarakat. Ini membawa kepada satu lagi elemen yang penting dalam falsafah ekonomi Islam iaitu konsep Tazkiyyah.




2.1.4. Tazkiyyah

Pembersihan elemen luaran dan dalaman menjadi falsafah hidup seseorang muslim. Ia berfungsi membebaskan unsure-unsur negatif daripada aktiviti-aktiviti ekonomi. Individu yang bersedia menghayatinya mampu menjadi aktiviti ekonominya adil, produktif, serta berkembang dengan baik tanpa unsu-unsur penipuan, rasuah, malas, dan sebagainya. Selaras dengan sesuatu tujuan yang bersih dan murni, manusia perlu mewujudkan hubungan bersih di semua peringkat samada hubungan dengan Allah, manusia dan juga alam sekitar.Taraf manusia bergerak menghayati ketundukan dan taabudiyyah sepenuh-penuhnya dalam kehidupan sebagai seorang yang mensucikan diri dengan Allah.




















3. ETIKA EKONOMI ISLAM
Pengertian etika adalah kaedah atau seperingkat prinsip yang mengatur hidup manusia. Etika adalah bahagian dari filsafat yang membahas secara rasional dan kritis tentang nilai, norma atau moral. Dengan demikian, moral berbeda dengan etika. Norma adalah suatu pranata dan nilai mengenai baik dan buruk, sedangkan etika adalah refleksi kritis dan penjelasan rasional mengapa sesuatu itu baik dan buruk. Menipu orang lain adalah buruk. Ini berada pada bahagian moral, sedangkan kajian kritis dan rasional mengapa menipu itu buruk apa alasannya merupakan lapangan etika. Salah satu kajian etika yang amat popular memasuki abad 21 di milennium ketiga ini adalah etika bisnis.
3.1. Etika Islam Tentang Bisnis
Dalam kaitannya dengan paradigma Islam tentang etika bisnis, maka landasannya harus dibangun dalam peribadi Muslim adalah adanya konsep hubungan manusia dengan manusia dan lingkungannya, serta hubungan manusia dengan Tuhannya. Dengan berpegang pada landasan ini maka setiap muslim yang berbisnis atau beraktiviti akan merasa ada kehadiran “pihak ketiga” (Tuhan) di setiap aspek hidupnya. Keyakinan ini harus menjadi bahagian integral dari setiap muslim dalam berbisnis. Hal ini kerana Bisnis dalam Islam tidak semata mata orientasi dunia tetapi harus punya visi akhirat yang jelas. Dengan kerangka pemikiran seperti itulah maka persoalan etika dalam bisnis menjadi sorotan penting dalam ekonomi Islam.
Islam mengkaitkan akhlak dengan ibadah dan menjadikan etika sebagai hasil dari ibadah. Hasil menegakkan shalat adalah menjauhi perbuatan keji dan munkar, hasil menunaikan zakat adalah mensucikan dan mententeramkan jiwa, hasil melaksanakan puasa dengan ikhlas dan karena Allah SWT menjadikan manusia muslim taqwa, sedangkan hasil mengerjakan ibadah haji adalah Allah SWT menerima ketakwaan dari yang melaksanakannya. Jika seluruh aktiviti ibadah itu tidak menjadikan manusia Muslim berakhlak mulia, maka hilanglah nilai-nilai ibadah itu di sisi Allah SWT.
Islam juga mengkaitkan masalah-masalah mu'amalah dengan etika ekonomi, iaitu kejujuran, amanah, adil, ihsan, kebajikan, silahturahmim, dan kasih sayang. Selain itu juga Islam mengkaitkan seluruh aktiviti kehidupan dengan etika.
Etika dalam ekonomi, kedudukan dan pengaruhnya dalam lapangan ekonomi yang berbeza-beza, baik dalam bidang produksi dan konsumsi, maupun dalam bidang distribusi. Ekonomi Islam yang senantiasa berlandaskan etika berbeda dengan ekonomi lainnya, seperti ekonomi kapitalis dan sosialis.

3.2. ETIKA EKONOMI ISLAM
3.2.1. Tauhid
3.2.2. Adil
3.2.3. Kebebasan kehendak
3.2.4. Bertanggungjawab


3.2.1. Tauhid
Tauhid merupakan keyakinan bahwa Allah sebagai pemberi dan pengatur rezeki bagi hamba-Nya, Pemilik sempurna dari harta yang dititipkan kepada umat manusia. Keyakinan ini menimbulkan paradigma baru bagi orang yang beriman bahawa kegiatan usaha harus disandarkan pada nilai-nilai yang telah ditetapkan dan keyakinan akan adanya pengawasan Allah. Keyakinan akan adanya pengawasan Allah inilah yang akan membentuk sikap mental dan etika (akhlak) para pelaku usaha.
Kepercayaan manusia kepada Allah dapat dilihat melalui kepatuhannya terhadap peraturan yang digariskan al- Quran dan al-sunnah akan membentuk gelagat dan amalan baiknya di segi pengeluaran, penggunaan dan pengedaran. Kesan tauhid dapat menjadikan seseorang muslim yang taat perintah Allah, berusaha melaksanakan prinsip al-Amru bil Ma’ruf nahi mungkar dan seseorang yang amanah, bertanggungjawab yakin dengan Islam dan berdakwah kepada manusia.

3.2.2. AdIl
Keadilan dalam ekonomi ialah melatakkan pengeluaran penggunaan dan pengagihan selari dengan syarat hukum Islam. Maka segala gejala negatif seperti yang disebutkan tadi adalah zalim dan mendapat kemurkaan Allah.

3.2.3. Kebebasan Kehendak
Manusia mempunyai kebebasan yang tidak terbatas selagi mana tidak melanggar hukum syarak. Islam membenarkan perbezaan dari segi kadar pendapatan dan menggalakkan persaingan sesama manusia. Ini akan memperbaiki keseimbangan dalam pengagihan pendapatan melalui zakat, infaq, sedekah dan lain-lain.

3.2.4. Bertanggungjawab
Islam meletakkan garis panduan tentang tanggungjawab seseorang individu yang bergerak bebas dalam kegiatan ekonomi mereka. Nilai ini selaras dengan konsep istiklhlaf iaitu bentuk tanggungjawab manusia kepada Allah terhadap harta yang dianugerahkan Allah dan cara memanfaatkannya terhadap keperluan diri, keluarga dan masyarakat.Tanggungjawab sosial dalam ekonomi Islam akan membentuk nilai-nilai akhlak yang unggul seperti ukhuwwah, ihsan, tolong –menolong, bertolak ansur serta sifat mahmudah yang lain.












4. FALSAFAH DAN ETIKA DALAM EKONOMI ISLAM.

Untuk mengaplikasikan falsafah dan etika dalam ekonomi Islam, umat Islam haruslah menerapkan falsafah tauhid yakni tauhid uluhiyah dan rububiyyah serta mengamalkan tazkiyyah dan ukhuwwah sebagai mana manusia telah dipertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah. Falsafah ini diterapkan bagi umat Islam dalam berniaga agar beretika tauhid, adil mempunyai kebebasan kehendak dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w sebelum diangkat sebagai seorang Nabi dan Rasul, beliau adalah seorang pedagang atau saudagar yang sukses. Keberhasilan beliau dalam niaga tentunya tidak lepas dari bimbingan Allah SWT dan kemuliaan akhlak yang terpancar dari peribadi beliau. Apabila kita berkaca pada sejarah hidupnya, setidaknya rasulullah telah mengamalkan falsafah dan etika tersebut dan ada tiga akhlak utama yang beliau terapkan dalam berniaga, yakni shidiq, amanah, dan nasihat.


4.1. Penekanan falsafah dan etika adalah antara perkara berikut;
4.1.1. Hubungan manusia dengan Allah
4.1.2. Hubungan manusia sesama manusia
4.1.3. Hubungan manusia dengan alam
4.1.4. Tujuan kehidupan manusia di dunia ini.


4.2. Tujuan Falsafah dan Etika dalam Ekonomi Islam

Antara tujuan falsafah dan etika kepada seseorang yang berniaga ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah swt kerana apapun kerja yang dipertanggungjawabkan adalah kerana semata-mata keranaNya. Falsafah ekonomi Islam ini juga bertujuan menjadikan manusia sebagai Khalifatullah yang berperanan memakmurkan muka bumi ditugaskan mencari sebanyak mana harta di muka bumi ini kerana Allah telah berfirman mengatakan bahawa harta di muka bumi ini terlalu banyak dan ia bergantung kepada manusia untuk manfaatkannya sebaik mungkin. Selain itu seseorang khalifah yang mengamalkan sesuatu perniagaan berlandaskan falsafah ekonomi Islam dapat menyemai keimanan dan ketakwaan dalam sanubari manusia. Falsafah dan etika ekonomi Islam dapat menangkis amalan syirik atau adat-adat yang bercanggah dengan Islam. Ia dapat mengelakkan daripada bertaklid kepada orang tertentu dan membentuk akidah Islam yang betul. Dan yang paling penting ia dapat membentuk seseorang insan berakhlak mulia berdasarkan akidah Islam yang betul dalam segala urusan sehariannya.

4.3. Aplikasi Falsafah dan Etika
Antara perkara yang boleh diaplikasikan dalam falsah dan etika dalam ekonomi Islam ialah pengeluaran zakat. Zakat diambil beberapa persen dari harta kekayaan seseorang. Zakat wajib diberikan kepada kepada orang yang tertentu sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Zakat terbahagi kepada zakat kekayaan seperti wang emas dan perak, zakat binatang seperti unta kambing kerbau zakat perniagaan zakat tanaman seperti beras padi dan buah buahan. Zakat dari segi ekonomi tersimpan kekuatan tenaga lahir dan batin untuk produksi. Zakat dapat melancarkan pembahagian rezeki dan penghidupan yang adil dan saksama sebagai satu tenaga pendorong yang membangunkan semangat kemahuan kearah perusahaan mencari kekayaan sebesar-besarnya. Zakat membantu kita berbakti kepada Allah, sesama manusia bersaudara, serta dapat menyucikan diri kepada Allah. Ia dapat menghasilkan tenaga organisasi.,tenaga ilmu ,tenaga teknik sebagai satu tenaga ekonomi dalam pembangunan Negara bagi keperluan hidup manusia. Zakat dapat menentang sikap kapitalis. Kapatalis memberi upah serendah-rendahnya kepada buruh, mengambil untung untuk kesenangan kemewahan dan kekayaan semata mata. Islam menentang sikap kapitalis mengharamkan riba, melarang memerah tenaga buruh. Islam menyuruh memberi upah yang sesuai untuk penghidupan mereka yang layak memerlukan. Terbutilah bahwa kriteria dalam falsafah yakni tazkiyyah, khalifah dan ukhwwah dan tauhid dalam aplikasi zakat, dapat membantu etika manusia iaitu bersikap adil dan dan mempunyai tanggungjawab sesama manusia bersaudara.


5. KESIMPULAN

Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai manusia yang sifat, gelagat dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul. Hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan atau pun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.
Keadilan merupakan objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.
Nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT/tauhid, adil, bertanggungjawab, taat kepada agama, bersifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.
Sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan. Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.
Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.
Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.
Sebaliknya falsafah dan nilai-nilai etika ekonomi Islam yang di amalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.
Perniagaan yg jujur, amanah dan ikhlas akan menghasilkan yg terbaik dan keberkatan. Mengamalkan falsafah ekonomi Islam akan dapat menghasilkan etika manusia yang cemerlang dan gemilang.Semoga usaha para mukmin di bumi ini akan terus mengamalkan falsafah dan etika ekonomi Islam ini dapat agar dapat menaikkan kembali martabat agama Islam yang mana di hari ini sistem ekonominya semakin mundur dan merosot akibat pengaruh pentadbiran agama lain. Insya Allah.

Firman Allah:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
“ Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan. Sesungguhnya ia adalah musuhmu yang nyata.” (QS. Al Baqarah (2) : 208)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment